FITNAH TERBESAR YANG AKAN DIBUAT DAJJAL
Dajjal  adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua  makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal  Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke  atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun  semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di  Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan  kematiannya sehingga kiamat nanti.  
Dajjal;  ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.  Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.  MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan  bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala  ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan  mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia  akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun  kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Hadis  Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah  orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta  dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan  Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg  disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan  tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan  kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya  tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi  kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir  (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada  ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani,  kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku  sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum  ada pada dirinya.
Menurut  riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal  itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan  ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis  mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca  terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal  itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk  keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah  disebelah Timur bukan di Barat.
Dajjal  akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama  empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn  setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan  satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi  keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan  dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami  bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka  bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.  Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan  hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu  37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya  lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu,  apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu  sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn  menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud  Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu  pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya  kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh  pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita  sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor  itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib  kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,  Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama  panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari  itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga  pada hari Kedua dan ketiga.
Dajjal  telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana  itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di  antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.
Benda-benda  beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji  dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.  Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun  kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun  langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal  akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu  Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu  hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi,  perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn  Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka  akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan  ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan)  sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan  kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di  antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga  dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan  kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar  adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu  sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan  yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini  maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet  tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada  kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam  satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan  perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan  perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan)  yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun  demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam  yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
   Syaitan  juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa  yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

 Pohon kamboja, khususnya kamboja berbunga putih (Plumeira alba), 
masih dipandang sebelah mata. Sebab, kebanyakan tanaman ini tumbuh di 
kuburan. Tidak jarang, orang menyebutnya sebagai bunga kuburan. 
Bunganya yang telah dikeringkan, lantas ditumbuk halus, banyak dipakai 
sebagai bahan baku wewangian, kosmetik, industri kerajinan dupa, spa, 
serta teh herbal.
Untuk harga perkilo, kami tidak mematok harga paten dikarenakan harga 
yang tidak stabil dan berubah sewaktu-waktu. Jika anda berminat, 
silahkan hubungi kami atau jika anda ada di Banjarmasin, bisa datang 
langsung ke tempat kami.
Pohon kamboja, khususnya kamboja berbunga putih (Plumeira alba), 
masih dipandang sebelah mata. Sebab, kebanyakan tanaman ini tumbuh di 
kuburan. Tidak jarang, orang menyebutnya sebagai bunga kuburan. 
Bunganya yang telah dikeringkan, lantas ditumbuk halus, banyak dipakai 
sebagai bahan baku wewangian, kosmetik, industri kerajinan dupa, spa, 
serta teh herbal.
Untuk harga perkilo, kami tidak mematok harga paten dikarenakan harga 
yang tidak stabil dan berubah sewaktu-waktu. Jika anda berminat, 
silahkan hubungi kami atau jika anda ada di Banjarmasin, bisa datang 
langsung ke tempat kami.
























































